Skip to content
Home » Berita » Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Menyemarakkan Sambutan Hari Belia Negara Melalui Pelaksanaan Bacaan Ikrar Belia Malaysia Yang Penuh Semangat Dan Iltizam

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Menyemarakkan Sambutan Hari Belia Negara Melalui Pelaksanaan Bacaan Ikrar Belia Malaysia Yang Penuh Semangat Dan Iltizam

Tarikh : 13 MEI 2026.

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menyemarakkan Sambutan Hari Belia Negara melalui pelaksanaan Bacaan Ikrar Belia Malaysia yang penuh semangat dan iltizam. 🇲🇾✨

Disambut pada 15 Mei setiap tahun, hari istimewa ini menjadi simbol penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan besar golongan belia sebagai pemacu pembangunan serta tonggak masa depan negara.

Program ini telah dikelolakan oleh Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan dengan kerjasama pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Seramai 100 orang pelajar JKE telah terlibat dalam program ini. Bacaan ikrar telah diketuai oleh saudara Ahmad Shahruzaman Siddiq bin Mohd Shahrulazilan, wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, PIS.

Semoga program ini dapat menyemai kesedaran dalam kalangan belia Malaysia tentang peranan penting mereka dalam membina serta menyerlahkan potensi diri demi kemajuan masyarakat dan pembangunan negara, kini dan pada masa hadapan.

#politeknikibrahimsultan

#oneteammoredreams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *