Tarikh : 06 MARCH 2026.
Barisan Jawatankuasa Pengurusan Politeknik Ibrahim Sultan PIS telah hadir menyantuni jemputan pihak SUNWAY Group di Johor dalam Program Ikatan Serumpun Iftar Sunway Bersama Rakan Strategik Tvet Zon Selatan 2026 di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri, Majlis yang bermula pada jam 6.00 petang ini telah di mulakan dengan ucapan aluan oleh Mr. Fong Foo Tat, Pengurus Besar Kanan – Sokongan Perniagaan & Projek Jabatan Sumber Manusia Kumpulan, Sunway Group. Program ini adalah platform sesi jalinan kerjasama (networking session) yang penting bagi memperkasakan hubungan strategik diantara SUNWAY Group di Johor dengan 3buah Institusi Pendidikan TVET terpilih di negeri Johor dimana telah dilaksanakan oleh SUNWAY selama 3 tahun.
Program seperti ini juga menjadi agenda TVET negara dengan industry tempatan yang terkemuka seperti Sunway Group.
PIS telah diwakili oleh seramai 15 orang Jawatankuasa pengurusan diketuai oleh YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS, YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor, TPSA PIS, YBrs. Haji Hamzah bin Zakaria TPGS PIS dan YBrs. Ts. Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC serta Ketua-ketua Jabatan Akademik dan Ketua Unit Sokongan Akademik serta JK Unit CISEC.
Program ini turut diisi dengan Majlis Berbuka Puasa antara Pengurusan SUNWAY Group di Johor bersama 3 institusi terpilih termasuklah PIS. Semoga program ini dapat mengeratkat lagi hubungan dua hala antara syarikat dan institusi TVET di Johor. Sekalung Penghargaan dan ucapan Terima kasih kepada pihak Sunway atas jemputan yang bermakna ini.



