Tarikh : 04 MARCH 2026.
Satu lawatan kerja rasmi dan kolaborasi diantara Aero Malaysia Engineering Centre (AMEC) dengan Politeknik Ibrahim sultan (PIS). Lawatan ini telah dihadiri oleh Encik Muhd Qamarul Audi Bin Amran, Mohd Azlan Bin Saharudin dan Mohd Fikri Bin Sopathi. Pihak PIS telah menyambut lawatan ini dengan diketuai oleh YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS, YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor, TPSA PIS, YBrs. Haji Hamzah bin Zakaria TPGS PIS dan YBrs. Ts. Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC serta Ketua jabatan Akademik dan JK Unit CISEC.
Lawatan ini dimulakan dengan mesyuarat kolaborasi dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar graduan PIS dan pelauang pekerjaan kepada graduan dalam bidang kejuruteraan di syarikat penerbangan negara dan luar negara. Pertemuan ini diakhiri dengan lawatan ke bengkel PdP pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PIS.
Semoga lawatan ini akan terus mempereratkan lagi hubungan dua hala yang telah pun terjalin antara AMEC dengan PIS dan memberi impak positif kepada peningkatan kebolehpasaran pelajar dalam bidang kejuruteraan.




