Tarikh : 27 JANUARI 2026.
Majlis Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kampus (PRK) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bagi tahun 2026 telah diadakan di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil pada jam 8.30 pagi. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBrs Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS, YBrs. Puan Rohaida binti Razi CiDe, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Barisan Ketua Jabatan Akademik dan Sokongan Akademik serta Pegawai JHEP serta Penasihat Jawatankuasa Pewakilan Pelajar PIS.
Para calon perwakilan pelajar telah hadir seawall 8.00 pagi pada Majlis Penamaan Calon PRK dan membariskan wakil siswa dari jabatan JKM, JKE, JPH dan JRKV dengan pelbagai latar belakang penghususan bidang Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon Pilihan Raya Kampus (PRK) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bagi tahun 2026.
~ Pilihan Raya Kampus Politeknik Ibrahim Sultan 2026 ~



