Skip to content
Home » Berita » Lawatan Tapak Dan Mesyuarat Kolaborasi Program Imarah Ramadan (Imran) PTPTN 2026 Di PIS

Lawatan Tapak Dan Mesyuarat Kolaborasi Program Imarah Ramadan (Imran) PTPTN 2026 Di PIS

Tarikh : 30 JANUARI 2026.

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menerima satu lawatan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kehadiran ini bertujuan melawat tapak penganjuran program dan Mesyuarat Kolaborasibagi pelaksanaan Program Imarah Ramadan (IMRAN) PTPTN 2026. Program ini juga akan dilaksanakan secara kerjasama diantara PTPTN dengan PIS bagi mendekatkan diri dengan aktiviti bersama siswa di PIS.

Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Mazni binti Ruslan, Pengarah PTPTN Negeri Johor, Encik Adzmil Ainuddin bin Ahmad, Pengurus Cawangan PTPTN Negeri Johor, Puan Nur Zuyana Binti Jumari, Pengurus Cawangan PTPTN UTC Pasir Gudang, Encik Mohamad Hafifi bin Abdul Doraji, Pengurus Cawangan PTPTN UTC Johor dan Puan Suzzalynna Binti. Jaafar, Unit Pengurusan Dan Kewangan PTPTN Negeri Johor. Lawatan ini telah disambut oleh YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, TPA PIS, YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor TPSA, PIS, YBrs. Hj. Hamzah bin Zakaria, TPGS PIS, YBrs Puan Rohaida binti Razi CiDe, Ketua Jabatan JHEP PIS, Ustaz Mohammad Hamdan bin Abdul Ghani, Pengerusi Masjid PIS dan Barisan Ketua Jabatan serta barisan JK Program PIS.

Mesyuarat kerjasama PTPTN dengan PIS telah diadakan di Bilik Persidangan PIS dan di akhiri dengan lawatan tapak dalam melihat lokasi sesuai bagi acara yang dilaksanakan mengikut Atur Cara yang akan dilaksanakan. Semoga program IMRAN 2026 ini dapat dilaksanakan seperti dirancang dan mendapat impak positif kepada kalangan warga siswa dan warga kerja di PIS.

#ptptnjohor#PTPTN#jheppis#masjidPIS#VTroopersPIS

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *