Tarikh : 09 JANUARI 2026.
Program Inspirasi Alumni PIS telah berlangsung dengan jayanya sempena Minggu Transformasi Siswa Sesi 2: 2025/2026 pada 8 Januari 2026 bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil (DTLAJ), Politeknik Ibrahim Sultan. Seramai 300 orang pelajar semester baharu telah terlibat dalam program ini yang bertujuan memberi pendedahan awal serta suntikan motivasi kepada mahasiswa baharu.
Program ini menampilkan Muhammad Anwar bin Samadun, seorang alumni usahawan PIS dan pemilik syarikat Ann & Lee Enterprise, yang telah berkongsi pengalaman serta perjalanan beliau dalam dunia keusahawanan bagi memberi inspirasi kepada mahasiswa Semester 1 Sesi 2 2025/2026.
Program ini telah dikendalikan oleh En. Zulhelme Razali, Kaunselor Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) selaku moderator dan hos program , serta dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Alumni Politeknik Johor Bahru.
Semoga program ini menjadi pemangkin kecemerlangan dan pembuka jalan kepada kejayaan para siswa PIS.



