Skip to content
Home » Berita » Satu lawatan kerja rasmi Jawatankuasa Pengurusan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) ke Perusahaan Sunway City, Kuala Lumpur

Satu lawatan kerja rasmi Jawatankuasa Pengurusan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) ke Perusahaan Sunway City, Kuala Lumpur

Tarikh : 04 DISEMBER 2025.

Satu lawatan kerja rasmi Jawatankuasa Pengurusan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) ke Perusahaan Sunway City, Kuala Lumpur telah dilaksanakan. Lawatan ini disertai YBrs. Haji Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS, Encik A.Azman bin Arshad, Pengarah Bahagian Perancangan Program Dan Institusi, JPPKK, Dr. Riam a/p Chau Mai – Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri & Komuniti, JPPKK dan Ts. Jason Choy Min Sheng, Timbalan Pengarah BKIK dan JK Pengurusan PIS. Lawatan ini telah di selaraskan oleh Jawatankuasa Kolaborasi CISEC yang diketuai oleh Ts. Suhaila binti Basar.

Lawatan ini adalah bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara JPPKK, PIS dan Sunway Group, di samping memberi pendedahan serta kefahaman yang lebih menyeluruh mengenai operasi dan bahagian perusahaan utama Sunway. Semoga lawatan ini dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik pada masa akan datang.

#cisecpis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *