Tarikh : 26 NOVEMBER 2025.
Satu lawatan oleh pihak Kyung-In Women’s Univeristy (KIWU) ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah diadakan dan pertemuan diadakan di Bilik Persidangan PIS. Lawatan dari KIWU ini telah dihadiri oleh Prof. Dr. Kyungok Park, Director, Office of International Affairs, Deparment of Airline Services and Tourism, KIUW dan Prof Youngmee Kim, Head of Global Career Center, KIWU dan telah disambut serta disantuni oleh YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS, YBrs. Encik Abdul Kharim bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), PIS, Dr. Zauyani binti Zainal Mohamed Alias Ketua Unit Pengantarabangsan (IRU) PIS dan ketua jabatan, ketua unit serta JK IRU yang terlibat.
Lawatan ini merupakan salah satu pengisian program yang telah pun selesai pada fasa-1 dan kini telah memasuki ke fasa-2 pelaksanaan program. Lawatan ini merupakan pemantauan aktiviti PdP yang telah dan sedang dijalankan di PIS kepada 9 orang mahasiswa KIWU di JPH oleh wakil pihak KIWU. Lawatan ini juga bertujuan berkongsi maklumbalas pelaksanaan program ini dikedua-dua buah institusi serta perbincangan bagi pelaksanaan program fasa-3 pada tahun hadapan. Lawatan ini juga bertujuan dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berada di landasan yang betul dan halatuju yang dipersetujui oleh kedua-dua institusi.
Semoga program ini dilaksanakan dengan jayanya dari semasa ke semasa dan memberi banyak manfaat kepada mahasiswa terlibat serta kepada kedua-dua institusi.



