Skip to content
Home » Berita » Lawatan Penanda Aras Persediaan Akreditasi Etac 2026 Bagi Diploma Kejuruteraan Ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Spanish Institute (UNIKL MSI) Dan Politeknik Seberang Perai (PSP)

Lawatan Penanda Aras Persediaan Akreditasi Etac 2026 Bagi Diploma Kejuruteraan Ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Spanish Institute (UNIKL MSI) Dan Politeknik Seberang Perai (PSP)

Tarikh : 25 NOVEMBER 2025.

Satu lawatan penanda aras sempena persediaan Akreditasi ETAC 2026 bagi program Diploma Kejuruteraan telah diadakan ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) dan Politeknik Seberang Perai (PSP).

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan, maklumat serta amalan terbaik berkaitan pelaksanaan proses akreditasi ETAC di samping memperkukuh jaringan kerjasama akademik serta meningkatkan kualiti pengurusan program antara politeknik. Seramai 35 peserta terlibat, terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Program serta pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Program lawatan ini telah diselaraskan oleh Pn. Nor Hafizah binti Adnan selaku Penyelaras Akreditasi ETAC, Politeknik Ibrahim Sultan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak PTSB, UniKL MSI dan PSP atas kesudian menerima kunjungan kami serta memberikan layanan yang sangat baik.

Semoga lawatan penanda aras ini dapat memberikan manfaat dan meningkatkan kesiapsiagaan semua pihak dalam menghadapi proses Akreditasi ETAC 2026.

#politeknikibrahimsultan

#oneteammoredreams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *