Skip to content
Home » Berita » Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniit Dan Majlis Simbolik Penyerahan Peralatan & Penutupan Projek Perolehan Peralatan Akademik JPPKK (RMKe-12)

Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniit Dan Majlis Simbolik Penyerahan Peralatan & Penutupan Projek Perolehan Peralatan Akademik JPPKK (RMKe-12)

Tarikh : 02 DISEMBER 2025.

YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Peralatan dan Penutupan Projek Perolehan Peralatan Akademik di bawah peruntukan Pembangunan (P64), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Selain sesi penyerahan peralatan, beliau turut meninjau beberapa kemudahan naik taraf di PIS termasuk CDeC, Kompleks Sukan PIS serta Kolej Kediaman, yang menggambarkan usaha berterusan institusi dalam mempertingkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.

Beliau juga berkesempatan menziarahi seorang kakitangan PIS yang sedang uzur, Puan Wan Rosnani dan semoga beroleh kesembuhan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Haji Ulaimi Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Encik Mohd Khusyairi Nakhouda Mohd Khalil, Penolong Pengarah Kanan Unit Infrastruktur dan Fasiliti, Bahagian Perancangan Program dan Institusi (BPPI), JPPKK dan Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Johor.

#politeknikibrahimsultan

#oneteammoredreams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *