Tarikh : 18 NOVEMBER 2025.
Satu sesi penilaian Akhir Pelajar Program Sijil Khas Reka Bentuk Grafik (KGF), Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bagi Sesi I : 2025/2026 telah diadakan di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil. Sesi penilaian ini melibatkan 7 orang pelajar KGF3 dan bertujuan menilai pencapaian kreativiti dan pemahaman mereka dalam bidang diceburi. Sesi ini juga bertujuan memilih pelajar cemerlang dan penghasilan kerja kreatif yang dihasilkan dan dipamerkan di Program 41ST VISCOM Show pada 18 dan 19 November 2025 di dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil. Sesi penilaian ini yang diadakan setiap tahun bagi pelajar semester akhir dalam sepanjang pengajian mereka di JRKV sebelum menjalani Latihan Industri pada semester berikutnya.
Sesi penilaian ini melibatkan penilai luar dari Industri dalam bidang kreatif dan pada kali ini melibatkan panel penilai di jemput khas iaitu En. Mohamad Norhafizan bin Mohamad Zaini, Penolong Pegawai Penerangan Media Digital Johor. Sesi penilaian telah dikendalikan oleh Program Sijil Khas Reka Bentuk Grafik dengan kerjasama Penyelaras Pelajar KGF. Penilaian ini turut dihadiri oleh Puan Nurul Emira binti Abdul Jimin, Ketua Program KGF dan turut bersama di sesi perkongsian ringkas pengalaman dan sedikit ilmu dalam persediaan mengikuti latihan industri.
Selamat maju jaya kepada semua pelajar semester akhir KGF3 dan sekalung penghargaan kepada barisan Pensyarah KGF yang terlibat. Semoga sesi penilaian ini menjadi nilai tambah dalam kemahiran komunikasi dan perkongsian ilmu serta pengalaman yang berguna kepada pelajar bersama industri dan menjadi titik permulaan dalam mingikuti latihan industri dan kerjaya di masa hadapan.



