Skip to content
Home » Berita » Lawatan Kolaborasi RP Singapore, JTDC, JSKILLS, JCorp Ke PIS

Lawatan Kolaborasi RP Singapore, JTDC, JSKILLS, JCorp Ke PIS

Tarikh : 10 NOVEMBER 2025.

Satu lawatan kerja rasmi melibatkan Republic Polytechnic (RP) Singapore, Johor Talent Development Centre (JTDC), Johor Skills (JSKILLS) serta Johor Corporation (JCorp) telah diadakan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Lawatan dari RP diketuai oleh Mr. Terence Chong, Director, Office of International Relations, dari JTDC diwakili oleh Cik Azwa Syahida binti A’bidi , Assistant Administrative Officer JTDC, dari JSkills diketuai oleh Dr. Mohamad Anas bin Mohamad Annuar, Head of Company, JTDC dan dari JCorps diwakili oleh En. Hairidz Najib, Project Management Officer, Chief Talent Officer’s Office, JCorp. Delegasi pelawat ini telah di sambut dan disantuni oleh YM Tengku Nadzion Tengku Ibrahim, TPSA PIS, YBrs. Encik Mohd. Firdaus bin Mohd. Noor, Ybrs. Hj. Hamzah bin Zakaria dan Ts. Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC serta barisan Ketua-ketua Jabatan Akademik dan JK CISEC.

Pertemua diadakan di Bilik Persidangan PIS dalam membincangkan kolaborasi strategik yang memfokuskan pembangunan kerjaya pelajar secara berfasa pada tahun hadapan. Pertemuan di akhiri dengan sesi lawatan di CDeC, Makmal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Makmal kejuruteraan Elektrik.

Semoga lawatan dan pertemuan ini membawa kearah penambakbaikan kebolehpasaran pelajar dan membuka peluang kerjaya yang lebih cemerlang.

#cisecpis

#jkmpis

#jkepis

#cdecpis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *