Tarikh : 13 NOVEMBER 2025.
19th Diploma Project Exhibition and Competition (D’ProjEC) merupakan acara tahunan yang disertai oleh pelajar diploma dari jabatan JKE, JKM, JRKV dan JPH. Pameran ini akan menjadi pelantar kepada pensyarah dan pelajar untuk mengetengahkan hasil penyelidikan atau reka cipta yang dijalankan kepada umum.
Disamping itu, ianya juga menjadi penanda aras terhadap kualiti sesuatu projek penyelidikan bagi melayakkan para pelajar untuk menyertai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa seperti International Invention, Innovation dan Technology Exhibition (ITEX), Malaysia Technology Expo (MTE), dan Regional Student’s Product Exhibition (RESPEX).





