Skip to content
Home » Berita » Sesi Penilaian Projek Akhir Pelajar, Semester Akhir Diploma Rekabentuk Grafik, Sesi I:2025/2026

Sesi Penilaian Projek Akhir Pelajar, Semester Akhir Diploma Rekabentuk Grafik, Sesi I:2025/2026

Tarikh : 13 NOVEMBER 2025.

Satu sesi penilaian projek Akhir Pelajar bagi Semester Akhir Diploma Reakabentuk Grafik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) bagi Sesi I : 2025/2026 telah diadakan di Galeri Creatif Design Center (CDeC) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Sesi penilaian ini melibatkan 65 orang pelajar dan bertujuan menilai pencapaian kreativiti dan pemahaman mereka dalam bidang diceburi. Sesi ini juga bertujuan memilih pelajar cemerlang dan penghasilan kerja kreatif serta inovasi reakaan yang dihasilkan dan akan dipamerkan di Program 41ST VISCOM Show pada 18 dan 19 November 2025 di dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil. Sesi penilaian ini yang diadakan setiap tahun bagi pelajar semester akhir dalam sepanjang pengajian mereka di JRKV sebelum menjalani Latihan Industri pada semester berikutnya.

Sesi penilaian ini melibatkan penilai luar dari Industri dalam bidang kreatif dan pada kali ini melibatkan 3 orang panel di jemput khas iaitu En Muhamad Fadlishah Bin Rusli, Director of Akar Digital Sdn Bhd, En Muhammad Syarifuddin Bin Umar, Director of Clickpixel Sdn Bhd. dan En Mohamad Shafuan bin Zahari, Manager of Magnifique Ideas Sdn Bhd. Turut hadir melawan dan menyaksikan penilaian ini berlangsung adalah YBrs Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS.

Penilaian pada kali ini sesi penilaian telah dikendalikan oleh Program Diploma Rekabentuk Grafik, dengan kerjasama Penyelaras Projek Rekabentuk Grafik dan pelajar dari Kursus Event Management DRG4A serta DRG4B. Penglibatan pelajar ini dalam melaksanakan PdP luar kuliah bagi Kursus Event Management, yang diselaraskan oleh Pensyarah Kursus Hj. Johaini bin Ibrahim dan Puan Siti Rohani binti Sukaimi.

Selamat maju jaya kepada semua pelajar semester akhir DRG dan sekalung penghargaan kepada barisan Pensyarah Projek Akhir Pelajar. Semoga sesi penilaian ini menjadi nilai tambah dalam kemahiran komunikasi dan perkongsian ilmu serta pengalaman yang berguna kepada pelajar bersama industry dan menjadi titik permulaan dalam mingikuti latihan industri dan kerjaya di masa hadapan.

#jrkvpis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *