Tarikh : 13 NOVEMBER 2025.
Satu sesi penilaian projek Akhir Pelajar bagi Semester Akhir Diploma Reakabentuk Fesyen, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) bagi Sesi I : 2025/2026 telah diadakan di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil (DTLAJ) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Sesi penilaian ini melibatkan 33 orang pelajar daripada Program Diploma Reka Bentuk Fesyen manakala 8 orang pelajar daripada Program Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen dan bertujuan menilai pencapaian kreativiti dan pemahaman mereka dalam bidang diceburi. Sesi ini juga bertujuan memilih pelajar cemerlang dan penghasilan kerja kreatif serta inovasi rekaan yang dihasilkan dan akan dipamerkan di Program 41st VISCOM Show pada 18 dan 19 November 2025 di dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil. Sesi penilaian ini yang diadakan pada setiap semester bagi pelajar semester akhir dalam sepanjang pengajian mereka di JRKV sebelum menjalani Latihan Industri pada semester berikutnya.
Sesi penilaian ini melibatkan penilai luar dari Industri dalam bidang fesyen dan pada kali ini melibatkan seorang panel di jemput khas iaitu Ts. Siti Nur Sarah binti Mohd Rosli. daripada SNS Solution Bhd. Turut hadir melawat dan menyaksikan penilaian ini berlangsung adalah YBrs Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS.
Sesi Penilaian pada kali ini telah dikendalikan oleh Pelajar DRF4A dan dibantu oleh DRF 4B dengan tema dibawa “Modern elegance with playfull feminity”. Sesi penilaian ini juga telah di adakan mini peragaan fesyen. Penglibatan pelajar ini dalam melaksanakan PdP luar kuliah bagi Kursus DVI40193 Event Management, yang diselaraskan oleh Pensyarah Kursus Cik Norulaini Binti Mohd Ramly dan Puan Siti Zaitul Hajar Binti Hassan.
Selamat maju jaya kepada semua pelajar semester akhir DRF dan sekalung penghargaan kepada barisan Pensyarah Projek Akhir Pelajar. Semoga sesi penilaian ini menjadi nilai tambah dalam kemahiran komunikasi dan perkongsian ilmu serta pengalaman yang berguna kepada pelajar bersama industry dan menjadi titik permulaan dalam mengikut latihan industri dan kerjaya di masa hadapan.





