Skip to content
Home » Berita » Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa (IMAN25)

Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa (IMAN25)

Tarikh : 06 NOVEMBER 2025.

Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa (IMAN25) merupakan sebuah gelanggang ilmiah dan kreatif yang menghimpunkan para penyelidik, pencipta serta inovator dari seluruh dunia bagi mempersembahkan idea dan ciptaan berteraskan keunggulan Alam Melayu. Penganjuran IMAN25 bertujuan mengangkat martabat ilmu dan warisan Alam Melayu melalui pendekatan moden serta penerapan teknologi baharu, sekali gus memperkukuh kelestarian jati diri serantau di persada antarabangsa.

Penganjuran kali ini turut disertai oleh pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dari Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual dalam memperkasakan inovasi dan penyelidikan berasaskan warisan budaya. Penglibatan PIS memperlihatkan komitmen institusi pendidikan tinggi dalam memperkukuh hubungan antara akademia, industri, dan komuniti, serta menggalakkan pembangunan produk berinovasi yang mempunyai potensi pengkomersialan dan nilai tambah tinggi.

IMAN25 bukan sekadar pertandingan, tetapi platform strategik untuk mempertemukan pemikir dan pencipta bagi memupuk kolaborasi serantau, memperkasa pendidikan berasaskan warisan, dan memacu pembangunan lestari berteraskan identiti Alam Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *