Tarikh : 06 NOVEMBER 2025.
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) melalui CISEC terus memperkukuh kolaborasi industri dengan mengadakan sesi perbincangan bersama AMEC Aero Malaysia, syarikat penerbangan yang berpengalaman dalam latihan penyelenggaraan pesawat bertaraf antarabangsa.
Perbincangan ini memberi fokus kepada:
Peluang latihan industri berstruktur
Program A1 Licensed Aircraft Maintenance Technician (Mechanical, Aeroplanes Turbine)
Pengenalan modul Introduction in Aircraft Maintenance kepada pelajar semester akhir dan graduan PIS sebagai pendedahan awal terhadap industri penerbangan.
Laluan kerjaya bergaji premium untuk graduan PIS
Kerjasama dalam pembangunan modul latihan dan pengiktirafan industri
Langkah ini sejajar dengan usaha PIS memperkasa pelajar TVET untuk menguasai bidang aerospace maintenance & aviation technology, sekaligus membuka peluang kepada graduan untuk menceburi industri penerbangan dengan kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf antarabangsa.
Kolaborasi strategik ini menjadi pemangkin kepada visi PIS sebagai peneraju institusi TVET unggul yang melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kompetitif dan bersedia untuk pasaran global.





