Skip to content
Home » Berita » Majlis Himpunan Setia APM Negeri Johor Bil. 2/2025

Majlis Himpunan Setia APM Negeri Johor Bil. 2/2025

Tarikh : 30 OKTOBER 2025.

Majlis Himpunan Setia APM Negeri Johor Bil. 2/2025 berlangsung meriah di Dewan Jubli Intan, Mersing bagi meraikan pelantikan baharu Pegawai Bersekutu, pemakaian kenaikan pangkat, serta penyampaian pingat dan reben kepada pegawai dan anggota APM Johor atas khidmat cemerlang mereka.

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Mej. Bersekutu (PA) Ts. Khairudin bin Baharum, Pensyarah Utama DH13, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan, telah dilantik sebagai Mejar Bersekutu (PA) dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pelantikan ini merupakan pengiktirafan atas komitmen dan sumbangan beliau dalam bidang pertahanan awam serta usaha berterusan dalam memperkasa nilai kepimpinan dan tanggungjawab sosial di dalam Pasukan Institusi Pertahanan Awam Malaysia (PISPA).

Majlis dirasmikan oleh YS PPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah APM Negeri Johor, bersama barisan kepimpinan negeri. Program ini menjadi wadah menghargai sumbangan warga APM serta memperkukuh semangat setia, disiplin dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *