Skip to content
Home » Berita » Pelajar Oku Pis Ukir Kejayaan Bagi Kategori Poster Design Di Pertandingan Abilympics Kebangsaan 2025

Pelajar Oku Pis Ukir Kejayaan Bagi Kategori Poster Design Di Pertandingan Abilympics Kebangsaan 2025

Tarikh : 27 OKTOBER 2025.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Nur Syasya Amani binti Mohd. Farid pelajar semester 3, Program Sijil Khas Reka Bentuk Grafik (KGF), Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), kerana telah mendapat Tempat Kedua bagi Kategori Poster Design dalam Pertandingan Abilympics Kebangsaan 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Pemulihan Malaysia (MCR) dan telah diadakan di Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam, Selangor pada 24 Oktober 2025. Keputusan rasmi telah diumumkan pada 27 Oktober 2025.

Bagi pertandingan Poster Design ini pihak penganjur telah membuat saringan dan hanya dua orang pelajar Sijil Khas Reka Bentuk Grafik yang terpilih untuk ke peringkat akhir. Jumlah peserta peringkat akhir adalah seramai 8 orang yang terdiri dari pelajar dan juga pekerja industri yang memiliki kad OKU.

Pelajar juga telah menjalani latihan intensif bersama jurulatih di Makmal iMAC di CDeC, PIS, seminggu sebelum bertanding. Ucapan penghargaan juga disampaikan kepada jurulatih pelajar yang sangat berdedikasi sehingga tercapainya kejayaan ini. Semoga kejayaan pelajar akan menjadi inspirasi kepada pelajar lain terutamanya pelajar khas dalam menonjolkan bakat dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang diceburi.

Kejayaan pelajar ini juga membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang dilalui.

Peserta Poster Design;

1. Nor Izzatul Aini binti Azman

No. Pendaftaran: 09KGF24F1005

2. Nur Syasya Amani binti Mohd. Farid

No. Pendaftaran: 09KGF24F1003

Jurulatih

1. Puan Rohaidah binti Mohd Yusoff

Pensyarah Kanan Program Sijil Khas Reka Bentuk Grafik dan Program Diploma Rekabentuk Grafik JRKV, PIS.

2. Puan Nurul Emira binti Abdul Jimin,

Ketua Program Sijil Khas Reka Bentuk Grafik dan Pensyarah Program Diploma Rekabentuk Grafik, JRKV, PIS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *