Skip to content
Home » Berita » Lawatan Kerja Rasmi dan Kunjungan Hormat Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) ke Kedutaan Besar Malaysia, Manila, Filipina.

Lawatan Kerja Rasmi dan Kunjungan Hormat Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) ke Kedutaan Besar Malaysia, Manila, Filipina.

Tarikh : 27 OKTOBER 2025.

Satu Lawatan Kerja Rasmi dan Kunjungan Hormat Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) ke Kedutaan Besar Malaysia, Manila, Filipina. Lawatan ini telah diketuai oleh YBrs. Haji Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS dan telah diiringi bersama oleh Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah (Akademik) PIS, Puan Suria binti Mohd. Samdin, Pensyarah Utama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS dan Ts. Dr. Lim Hooi Peng, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS, merangkap Pegawai Pembangunan Kerjaya CISEC PIS.

Lawatan ini telah disambut dan disantuni oleh Tuan Yang Terutama Dato’ Abdul Malik Melvin Castelino Anthony, Duta Besar, Kedutaan Besar Malaysia, Manila, Filipina dan YBrs. Tuan Norjufri Nizar Edrus, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Besar Malaysia, Manila, Filipina.

Pertemuan ini bertujuan untuk berbincang dan mendapatkan maklumat mengenai pelancongan halal, makanan halal dan pendidikan halal yang boleh terokai bersama oleh pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan agensi atau institut mahupun institusi pendidikan di Manila, Filipina.

Semoga melalui lawatan ini membuka satu lembaran baru kepada PIS dalam menjana minda positif dalam menerobos kolaborasi strategik dan ilmu pengetahuan di rantau Asia Tenggara.

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#TVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *