Tarikh : 25 OKTOBER 2025.
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) Politeknik Ibrahim Sultan 2025 telah diadakan di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3, Menara Aqabah, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). Mesyuarat ini telah di mulakan dengan Ucapan Aluan oleh YBrs. Dr. Riam a/p Chau Mai, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Uzaidi bin Udanis dalam usaha memastikan pelajar dan para graduan yang lahir dari pendidikan TVET di PIS selari dengan kehendak dan teknologi industri di luar. YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS turut membuat pembentangan pencapaian dan perkembangan pendidikan TVET di PIS.
Mesyuarat ini juga telah menyentuh hal-hal lain berkongsi pengalaman dan pandangan dari pihak industri yang juga merupakan Barisan ahli mesyuarat JPI.
Semoga mesyuarat ini akan meningkatkan lagi mutu pelaksanaan pendidikan TVET dan selari dengan halatuju PIS dan dalam melaksanakan Pelan Strategik 2023-2027.





