Tarikh : 24 OKTOBER 2025.
Jualan Inkubator Keusahawanan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan telah diadakan sempena JTDC Mega Karnival MyFutureJobs X PIS X MBPG 2025 yang berlangsung di Aturium Pusat Bandar Pasir Gudang selama 3 hari bermula 24 hingga 26 Oktober 2025. Jualan diadakan dalam menyemai pembudayaan keusahawanan yang sememangnya menjadi salah satu Kursus wajib dipelajari di dalam pengajian di PIS. Pendedahan ini juga dilaksanakan sebagai salah satu daripada pelaksanaan aktiviti di luar bilik kuliah.
Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar yang terlibat dan kepada semua pengunjung, terutama para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di PIS.





