Tarikh : 24 OKTOBER 2025.
Nail The Job 7.0 Interview Session in Conjunction with JTDC Mega Kerjaya MyFutureJobs X PIS@MBPG 2025 telah dianjurkan dengan kolaborasi Jabatan Pengajian Am (JPA), Cisec, JTDC, MBPG. Program ini untuk memberi pelajar PIS pendedahan menghadapi situasi temuduga di luar seperti di karnival kerjaya. Pelajar juga dapat mempraktikkan teknik berkomunikasi dalam sesi temuduga yang memerlukan pelajar bertutur dalam bahasa Inggeris.
Dua orang penemuduga dari UniKL, Mitec, Pasir Gudang, En. Rohaizan bin Ahmad, International Partnership Coordinator dan Ts.Dr Nur Fathin Bt Roslan, Senior Lecturer, Industrial Logistic telah dijemput bagi melaksanakan program ini. Penyertaan peserta pelajar PIS semester 4 dan 5 dari semua program yang mengambil subjek Communicative English telah bersama pada sesi kali ini.
Semoga program ini memberi manfaat dan menjana minda positif kepada pelajar dalam membina kemahiran berkomunikasi.





