Skip to content
Home » Berita » Lawatan Akademik Pasukan Institusi Pertahanan Awam (Pispa), Politeknik Ibrahim Sultan Ke Pusat Operasi Pertahanan Awam Johor Bahru

Lawatan Akademik Pasukan Institusi Pertahanan Awam (Pispa), Politeknik Ibrahim Sultan Ke Pusat Operasi Pertahanan Awam Johor Bahru

Tarikh : 22 OKTOBER 2025.

Seramai 33 anggota Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA), Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan lawatan akademik ke Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Johor Bahru.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota beruniform PISPA mengenai peranan, fungsi dan tanggungjawab APM dalam aspek kesiapsiagaan serta pengurusan bencana.

Sepanjang program, para peserta telah mengikuti taklimat dan simulasi melibatkan sistem MERS, bantuan pertolongan cemas, penangkapan haiwan berbisa dan beberapa aktiviti lain yang berkaitan dengan operasi harian APM. Selain itu, turut diadakan sesi penerapan nilai kesukarelawan bagi memupuk semangat sukarelawan, tanggungjawab sosial dan disiplin dalam kalangan anggota PISPA.

Lawatan ini diharap dapat memberikan pengalaman bermakna serta meningkatkan motivasi anggota PISPA dalam menyeimbangkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum beruniform. Program ini telah diselaraskan oleh Adjutan PISPA, Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Kapt. Bersekutu (PA) Ts. Khairudin bin Baharum.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program lawatan ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *