Skip to content
Home » Berita » Politeknik METrO Betong, Sarawak telah mengadakan lawatan penanda aras ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Politeknik METrO Betong, Sarawak telah mengadakan lawatan penanda aras ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Tarikh : 14 OKTOBER 2025.

Politeknik METrO Betong, Sarawak telah mengadakan lawatan penanda aras ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang diketuai oleh Puan Kani Linyaw bersama tujuh orang pegawai yang bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan Program Diploma Pelancongan dan Hospitaliti serta meninjau amalan terbaik yang dilaksanakan di PIS.

Ketibaan mereka telah disambut oleh Encik Mohd Firdaus Mohd Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS. Lawatan dimulakan dengan kata aluan dan diteruskan dengan sesi taklimat dan perbincangan yang dikendalikan oleh Encik Abdul Kharim Abd Hamid, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), yang berkongsi tentang pelaksanaan program dan inisiatif terbaik jabatan.

Delegasi turut berpeluang melawat Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung, memberikan gambaran lebih dekat terhadap pendekatan pengajaran yang digunakan. Lawatan disusuli melawat restoran dan menikmati jamuan yang disediakan oleh pelajar JPH, mempamerkan kemahiran hospitaliti secara langsung.

Semoga lawatan ini menjadi platform yang bermanfaat untuk perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua institusi, sekali gus memantapkan lagi pelaksanaan program akademik dan pembangunan pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *