30 September 2025 – Unit Pengurusan Psikologi telah menganjurkan Program Eksplorasi Minda bersama pelajar dari Kyung-In Women University (KIWU), Korea. Turut serta dalam program ini ialah ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) PIS yang berperanan sebagai fasilitator, urus setia serta peserta.
Program berbentuk Explorace ini melibatkan beberapa checkpoint di jabatan dan unit di PIS. Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan termasuklah:
– Aktiviti Pengenalan Diri (Ice Breaking)
– Pencarian Buku (Book Hunting)
– Mewarna Batik (Batik Painting)
– Deklamasi Pantun (Pantun Recitation)
– Tarian Tradisional Zapin (Traditional Dance – Zapin)
– Cabaran Teh Tarik (Teh Tarik Challenge)
– Permainan Batu Seremban (Batu Seremban Challenge)
Penganjuran program ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pelajar PIS dan KIWU, malah turut meningkatkan kemahiran sosial, kepimpinan serta penerapan nilai murni. Selain itu, ia juga menjadi platform untuk pertukaran pengalaman, adat dan budaya antara kedua-dua negara.
#upsipis
#prspis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#PolyCCTVETForAll
#oneteammoredreams



