Tarikh : 25 SEPTEMBER 2025.
Satu bengkel persediaan pelajar bengkel telah dianjurkan oleh Program Sijil Khas Reka Bentuk Grafik (KGF) dan Program Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen (KRF), Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Bengkel yang diadakan bermula 22-26 September 2025 ini adalah usaha bagi para pelajar OKU Pendengaran dan Pertuturan membuat persediaan sebelum menyertai pertandingan Pertandingan Abilympics Kebangsaan 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Pemulihan Malaysia (MCR).
Para pelajar yang telah di pilih akan menyertai pertandingan ini mengikut kategori masing-masing yang sesuai dengan bidan pengajian yang di ikuti di PIS. Di antara kategori yang akan disertai adalah Kategori Painting And Waste Reuse disertai oleh 7 orang pelajar dari Program KRF & KGF, Kategori Sulaman disertai oleh 3 orang pelajar dari Program KRF, Kategori Poster disertai oleh 2 orang pelajar dari program KGF dan Kategori Fotografi disertai oleh 3 orang pelajar dari program KGF.
Semoga bengkel ini memberi manfaat dan idea positif kepada pelajar dalam menonjolkan kemahiran dan bakat kearah kecemerlangan dengan mempunyai matlamat dan penanda aras untuk bersaing dalam pertandingan diperingkat kebangsaan.





