Tarikh : 25 SEPTEMBER 2025.
Bersempena dengan tema sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M tahun ini iaitu “Membangun Ummah Madani”, sebuah forum bertajuk Rasulullah SAW Pembina Ekonomi Ummah telah diadakan di Politeknik Ibrahim Sultan.
Forum ini telah dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Hamdan bin Abdul Ghani, Pensyarah Jabatan Pengajian Am Politeknik Ibrahim Sultan sebagai moderator, bersama dua ahli panel iaitu Al-Fadhil Ustaz Dr. Norizam bin Lagiman, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, dan Al-Fadhil Ustaz Haji Adam bin Ibrahim, Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Syariah daripada Jabatan Agama Islam Johor.
Semoga majlis ilmu ini dapat memacu pembangunan Ummah Madani dari segala aspek ekonomi yang adil, seimbang, dan mampan. Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan teladan bagaimana ekonomi dijadikan asas memperkukuh masyarakat, menjaga kebajikan fakir miskin, dan memastikan pengagihan harta berlaku secara saksama





