Tarikh : 24 OGOS 2025.
Politeknik Ibrahim Sultan selaku Ahli Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) hadir di Majlis Pra Pelancaran Johor Business Summit & Expo (JBSE) 2025 yang telah disempurnakan oleh YB.Tn.Mohd.Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor di Di Menara IIB, Iskandar Puteri. JBSE 2025 bakal menjadi platform bertaraf antarabangsa yang akan menghimpunkan delegasi daripada 10 negara termasuk Singapura, Indonesia, Kemboja, China, Amerika Syarikat, Itali, Jerman & Kanada. PIS amat menyokong penganjuran ekspo yang julung kali ini oleh Kerajaan Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) dalam usaha mendedahkan kepada mahasiswa mengenai ilmu keusahawanan.
Semoga program ini akan dilaksanakan dan berjalan dengan lancar Kelak. Manfaat dari program ini juga bakal memberi manfaat pengetahuan dan menjana minda positif kepada semua mahasiswa dan komuniti.



