Tarikh : 20 OGOS 2025.
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menerusi Centre of Technology (COT), di bawah Penjenamaan Creative Design Centre (CDeC) telah merangkul beberapa anugerah tahap tertinggi Industry Education Collaboration (IEC) yang berlangsung pada Majlis Perasmian Penutup Industri Nexus POLYCC (INDex) POLYCC 2025 yang berlangsung di Dewan Sri Mahkota, POLISAS Kuantan pada 20 Ogos 2025. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan disantuni bersama YBrs. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti serta YBrs. Encik Hisamudin bin Mohd Tamim, Pengarah POLISAS. Turut hadir dari PIS diketuai oleh YBrs. Haji Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS, YBrs. Mohamad Zaidi bin Ahmad Yusoff, Pengurus CDeC, Ts. Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC, dan pegawai CDeC.
Dimajlis tersebut CDeC, PIS telah dianugerahkan;
1. Diamond Award : Anugerah COT Terbaik
2. Platinum Award : Anugerah Elemen Terbaik (Penerbitan)
3. Rating 3 Star (Rating Tertinggi COT)
4. Gold Medal untuk kesemua 7 Eleman COT.
Pencapaian daripada hasil kerjasama semua warga PIS ini akan terus menjadi medium kejayaan pada masa akan datang.





