Tarikh : 21 OGOS 2025.
Satu Bengkel Pendidikan Kemahiran Jahitan KEMAS Kg Melayu Raya, Pekan Nenas, Pontian telah berlangsung Penilaian Fasa ke 2 bagi peserta PIS1@Jejari Emas dalam Perlaksanaan Program University – Community Social Enterprise ( UCSE) University Social Enterprise Competition (USEC). Semoga team PIS1 berjaya melangkah ke peringkat Fasa 3 bagi kelestarian PIS dalam membangunkan Komuniti Sosial yang mampu menjana pendapatan sekaligus keluar daripada garis kemiskinan.
Terima kasih atas sokongan padu Pengurusan Tertinggi PIS, Unit Keusahawanan, Pengarah Program UCSE En.Hanizam bin Hussein selaku Ketua Jabatan JRKV, Pn. Rasyidah binti Sulong dan Pn. Nafsiah binti Sairi sebagai Mentor bersama Pn.Katijah binti Md.Saad sebagai fasilitator yang gigih membimbing team Jejari Emas sehingga ke peringkat ini.
Semoga setiap usaha & cabaran sepanjang pelaksanaan Social Enterprise di PIS akan mampu membangkitkan lebih ramai potensi Keusahawanan Sosial dikalangan Komuniti juga memperkenalkan jenama Jejari Emas.





