Tarikh : 04 JULAI 2025.
CAMP 21: Synergising Literacies 2025 telah diadakan pada 30 hingga 3 Julai 2025 bertempat di Borneo Cultures Museum, Kuching, Sarawak merupakan program anjuran Bahagian Kurikulum JPPKK kerjasama erat bersama Politeknik Mukah.
Program ini bertujuan untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar politeknik dan kolej komuniti Malaysia. Selain itu, program ini adalah sebagai platform untuk pelajar mengetengahkan kemahiran reka bentuk (Design Thinking: AI-driven) agar berupaya menyelesaikan masalah dunia sebenar secara mampan dan berunsurkan Sustainable Development Goals: SDG 11.
Pasukan PIS terdiri daripada pelajar Semester 4 iaitu:
IRVIN TASZ ANAK RODGE (DEV 4)
NICHOLAS COSMAS JUNIOR (DMB 4)
Pensyarah Pengiring/Penyelia:
CIK TARISHINI VISVALINGAM
CIK NORA BINTI SAHARI
Pelajar PIS merupakan antara peserta yang telah memenangi TEMPAT PERTAMA & BEST AIDEA AWARD dan juga berkongsi kemenangan ini bersama lima (5) ahli kumpulan yang juga merupakan pelajar dari Kolej Komuniti Jelebu, Kolej Komuniti Kuching, Politeknik Melaka, Politeknik Kuching Sarawak & Politeknik Metro Betong Sarawak.
Pelajar PIS juga iaitu IRVIN TASZ ANAK RODGE telah berjaya merangkul ‘BEST PITCH PRESENTER AWARD’.



