Tarikh : 04 JULAI 2025.
Seramai DUA (2) orang pelajar dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) iaitu Irvin Tasz Anak Rodge (DEV 4) dan Nicholas Cosmas Junior (DMB 4) telah terpilih untuk menyertai CAMP21: Synergising Literacies 2025 yang berlangsung dari 30 Jun hingga 3 Julai 2025 bertempat di Borneo Cultures Museum, Kuching, Sarawak. Pensyarah pengiring yang terlibat ialah Cik Nora binti Sahari dan Cik Tarishini Visvalingam dari Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am, PIS.
Program anjuran Bahagian Kurikulum JPPKK dan Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mukah ini menggabungkan Design Thinking, Artificial Intelligence (AI), Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 11) dan pemeliharaan warisan budaya bertujuan untuk:
Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
Memperkasa kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 melalui Design Thinking
Menggalakkan penggunaan teknologi AI dalam inovasi
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemeliharaan warisan budaya (SDG 11)
Tahniah diucapkan kepada pelajar PIS yang terpilih. Semoga pengalaman ini menjadi titik tolak kepada pembangunan sahsiah dan profesionalisme mereka dalam dunia sebenar.



