Tarikh : 30 JUN 2025.
Creative Design Centre (CDeC), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menghadiri dan membentangkan dapatan bagi Tujuh Elemen Verifikasi Centre of Technology (COT) pada Sesi Verifikasi COT 2024 Jabatan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang berlangsung di JPPKK Putrajaya pada 30 Jun 2025. Tujuh elemen yang dicerap dalam sesi verifikasi ini adalah Kolaborasi, Kajian & Inovasi, Kepakaran & Konsultansi, Penerbitan, Penghargaan, Pengajaran & Pembelajaran dan Janaan Pendapatan.
Enam orang pegawai CDeC telah mewakili COT PIS ketika sesi pembentangan dan semakan elemen ini, dimana diketuai oleh YBrs. Encik Mohamad Zaidibin Ahmad Yusoff, Pengurus CDeC, Pn. Mazlisa binti Mohd Isa, Penolong Pengurus CDeC dan Pegawai Khidmat Kepakaran, Pn. Siti Adila binti Mohamad Yazi, Setiausaha dan Kualiti CDeC, Cik Earni binti Mohamed Azhari, Pegawai Pengajaran dan Pembelajaran, Ts. Sheril Syazwani binti Salleh, Pegawai Penerbitan, Aset dan Perolehan dan DR. Nurul Azhani binti Mohd Azmin, Pegawai Penyelidikan dan Auditor Dalaman 2.
Selamat maju jaya kepada pasukan CDeC dan semua warga PIS yang terlibat secara langsung kerana melalui usaha bersepadu daripada semua pihak di PIS dalam usaha mencapai kejayaan dalam memenuhi kesemua tujuh elemen COT.

