Skip to content
Home » Berita » Lawatan Penandaarasan ke UTeM bagi Pelaksanaan Program Baharu

Lawatan Penandaarasan ke UTeM bagi Pelaksanaan Program Baharu

Tarikh : 11 JUN 2025.

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan satu lawatan penandaarasan ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan input dan amalan terbaik bagi pelaksanaan Program Baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian yang bakal ditawarkan di PIS.

Perbincangan dan lawatan ke fasiliti makmal telah memberi pendedahan yang amat bermanfaat dalam memperkukuhkan penyediaan kurikulum, pengurusan pengajaran, dan kesediaan infrastruktur bagi program tersebut.

Pihak JKE PIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UTeM atas sambutan mesra dan perkongsian ilmu yang sangat bermakna.

#politeknikibrahimsultan#oneteammoredreams#PISPride#PenandaarasanPIS#JKEPIS#UTeM#TVETMalaysia#ProgramBaharuPIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *