Skip to content
Home » Berita » Lawatan Kerja Pengajar Jiyugaoka Gakuen High School, Jepun Ke Politeknik Ibrahim Sultan

Lawatan Kerja Pengajar Jiyugaoka Gakuen High School, Jepun Ke Politeknik Ibrahim Sultan

Tarikh : 27 MEI 2025.

Satu sesi lawatan kerja pengajar dari Jiyugaoka Gakuen High School, Jepun telah diadakan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kehadiran 2 orang Pengajar iaitu Mr. Tanaka Michihisa dan Mr. Nakamura Michitsugu telah disambut serta disantuni oleh YBrs. Hj Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS dan YBrs. Encik Kharim bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan JPH, serta Puan Nor Salwa binti Sukor, Ketua Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan Dan Hospitaliti, Nur Izzah Syazwani Binti Abdul Manaf, Ketua Program Diploma Pengurusan Acara, Puan Nur Hidayah binti Zulkifli, Penyelaras PolyTravel PIS, dan Puan Aina Haslinda binti Anuar, JK PolyTravel PIS. Turut sama menyertai lawatan ini adalah wakil Syarikat J&C Travel Sdn Bhd yang merupakan rakan kolaborasi industri jabatan JPH dan akan menjadi pengantara serta akan membawa lawatan delegasi dari Jiyugaoka Gakuen High School ke PIS.

Satu sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Perbincangan CDeC, PIS dalam membincangkan kehadiran pelajar dari Jiyugaoka Gakuen High School untuk mengadakan lawatan dan pertukaran budaya bersama Pelajar di politeknik Ibrahim Sultan. Sesi lawatan ke lokasi cadangan program turut diadakan seperti di bangunan CDeC, Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil dan juga di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan.

Semoga pertemuan ini akan terlaksana kelak pada hujung tahun ini dan dapat menjana idea positif dan memberi manfaat kepada semua pelajar yang akan terlibat.

#jphpis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#TVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *