Skip to content
Home » Berita » Bengkel Strategi Dan Penyelesaian Kreatif Dalam Kikhb PIS 2025

Bengkel Strategi Dan Penyelesaian Kreatif Dalam Kikhb PIS 2025

Tarikh : 21 APRIL 2025.

Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Strategi dan Penyelesaian Kreatif dalam KIKHB PIS di Bilik Seminar, JKE, Politeknik Ibrahim Sultan. Bengkel ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada staf PIS, yang terdiri khususnya daripada wakil projek KIK dari setiap jabatan/unit

Sesi perkongsian ilmu dikendalikan oleh penceramah jemputan, En. Mohammad Sobbri bin Zulkfely dari Majlis Perbandaran Manjung, Perak. Setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas kesudian berkongsi ilmu serta pengalaman berharga dalam pelaksanaan Projek KIK, khususnya menerusi strategi dan penyelesaian yang kreatif serta inovatif.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memanfaatkan peluang ini. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kejayaan dalam melaksanakan Projek KIK di jabatan/unit masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *