Tarikh : 14 APRIL 2025.
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menerima kunjungan hormat daripada YBgh Datuk Hj. Khoirul Anam Mohamed Sarif, Ketua Pegawai Eksekutif, Onelight International Sdn. Dhd. dan Taqwa Brothers Sdn Bhd. Kehadiran beliau telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS dan Ustaz Hidayat bin Shafie, Ketua Jabatan Pengajian AM (JPA). Kunjungan ini adalah susulan penyerahan 30 set Tafsir Ibnu Katsir kepada PIS sebagai sumbangan untuk menyemarakkan majlis ilmu serta membudayakan tadabbur al-Quran di kampus.
Dalam pertemuan bersama YBrs. Hj. Ulaimi Yahya, Pengarah PIS, perbincangan telah diadakan mengenai potensi program pembangunan pelajar dan komuniti, serta peluang kerjasama strategik bersama pihak industri dalam usaha memperkasa pendidikan TVET dan sahsiah pelajar.
Pihak PIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Khoirul Anam atas inisiatif murni ini dan berharap jalinan kerjasama yang erat ini akan terus berkembang demi manfaat bersama.



