Tarikh : 19 MARCH 2025.
Kelanasiswa Daerah PIS telah mengadakan program memasak bubur lambuk sebagai sebahagian daripada aktiviti sosial dan kebajikan untuk komuniti serta staf dan pelajar PIS sempena bulan Ramadan 1446H. Program ini berlangsung di Masjid Politeknik Ibrahim Sultan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar serta staf. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar serta staf, selain memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Sebanyak 2 periuk bubur lambuk berjaya disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disumbangkan oleh pelbagai pihak. Pelajar dan pensyarah Kelanasiswa, serta staf bekerjasama dengan penuh semangat dalam proses penyediaan, memasak, dan pembungkusan bubur lambuk tersebut. Bubur lambuk ini kemudiannya diedarkan kepada staf dan pelajar serta komuniti yang hadir ke Masjid Politeknik Ibrahim Sultan sebagai usaha kebajikan.
Kami ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua staf dan pelajar yang telah meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. Tanpa kerjasama dan komitmen mereka, program ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga semangat kerjasama ini dapat terus dipupuk dalam setiap aktiviti yang akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, dan diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan bersama.



