Skip to content
Home » Berita » Jabatan Matematik, Sains & komputer PIS telah berkolaborasi dengan Jawatankuasa Penduduk Zon Scientex 2 dan Jawatankuasa surau Ar-Raudah dalam penganjuran program Qaseh Ramadan, Iftar Jamaie dan sambutan Nuzul Al-Quran.

Jabatan Matematik, Sains & komputer PIS telah berkolaborasi dengan Jawatankuasa Penduduk Zon Scientex 2 dan Jawatankuasa surau Ar-Raudah dalam penganjuran program Qaseh Ramadan, Iftar Jamaie dan sambutan Nuzul Al-Quran.

Tarikh : 18 MARCH 2025.

Jabatan Matematik, Sains & komputer PIS telah berkolaborasi dengan Jawatankuasa Penduduk Zon Scientex 2 dan Jawatankuasa surau Ar-Raudah dalam penganjuran program Qaseh Ramadan, Iftar Jamaie dan sambutan Nuzul Al-Quran yang diadakan di Surau Ar-Raudah Jalan Kelisa Taman Scientex. Pengisian program ini adalah meraikan golongan yang kurang berkemampuan dengan pemberian sumbangan dalam bentuk barangan keperluan dapur. Seramai 32 orang ketua/wakil keluarga yang kurang berkemampuan telah mendapat sumbangan barangan keperluan dapur ini dan seterusnya diraikan dalam majlis iftar jamaie.

Program ini dirasmikan oleh Puan Hajah Haryati binti Ismail, Ahli Majlis MBPG zon Scientex 2. Turut hadir bersama adalah Ketua Jabatan Matematik, Sains & Komputer Politeknik Ibrahim Sultan, Pn. Roveena Herleen binti Hussain Meah. Terdapat pengisian lain sepanjang program ini seperti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan tahlil ringkas.

Semoga penganjuran program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan kerana dapat memberi impak positif kepada komuniti setempat dan mempromosikan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai Peneraju Ilmu Sejagat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *