Skip to content

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) adalah salah sebuah jabatan akademik yang bernaung di bawah Politeknik Ibrahim Sultan. Didokong oleh seorang Ketua Jabatan, jabatan ini beroperasi dengan sokongan 61 orang pensyarah terlatih dan berpengalaman luas serta memiliki kepakaran di dalam bidang masing-masing. Jabatan turut dibantu oleh tiga (3) orang staf sokongan. Di sinilah para pelajar yang mengikuti program di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal ditempatkan untuk menimba ilmu dan kemahiran.

Pn. Irinah binti Abdullah
Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi

Melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan berdaya saing bagi menampung keperluan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta di Malaysia.

Objektif

  1. Menyediakan program pendidikan dan latihan yang komprehensif untuk melahirkan lulusan yang berilmu dan berkemahiran luas dalam bidang yang diceburi serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi;
  2. Memupuk dan mengekalkan perhubungan rapat dengan industri melalui perundingan, lawatan serta program kerjasama; dan
  3. Menyediakan program dan aktiviti yang menyeluruh untuk membina akhlak, perwatakan dan potensi pelajar.
PEO/PLO
PEO / PLO PROGRAM JKM
Carta Organisasi
Kemudahan & Fasiliti
Bilik Kuliah

Pelajar mengikuti pembelajaran secara teori di bilik-bilik kuliah dan dewan kuliah yang terdapat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Selain mempelajari subjek yang berkaitan dengan bidang Kejuruteraan Mekanikal, mereka juga didedahkan dengan subjek Pengajian Am, Matematik, Sains dan kemahiran komputer.

Bengkel Mesin

Pelajar diajar dengan kemahiran mengendalikan mesin pembuatan konvensional dan menghasilkan produk. Di antara mesin-mesin dan peralatan yang digunakan ialah :

  1. Peralatan Tangan (Hand tools)
  2. Peralatan Mengukur (Measuring tools)
  3. Peralatan Menguji (Testing tools)
  4. Peralatan Menanda (Marking tools)
  5. Mesin-mesin:-

Mesin Gergaji Kuasa (Power Hacksaw machine)
Mesin Gerudi Meja (Bench Drilling machine)
Mesin Gerudi Tiang (Pillar Drilling machine)
Mesin Larik Tetengah (Centre Lathe machine)
Mesin Kisar/Raut Tegak Turret (Vertical Turret Milling machine)
Mesin Kisar/Raut Ufuk Universal (Universal Horizontal Milling machine)
Mesin Canai Meja (Bench Grinding machine)
Mesin Canai Kekaki (Pedastal Grinding machine)
Mesin Canai Permukaan (Surface Grinding machine)
Mesin Canai Silinder (Cylindrical Grinding machine)

Bengkel Fabrikasi dan Kimpalan

Pelajar dilatih kaedah untuk membuat fabrikasi logam dan kimpalan. Pelbagai jenis mesin kimpalan dan mesin fabrikasi logam digunakan dalam pembelajaran di bengkel ini. Antaranya ialah :

1. Mesin Pelipat
2. Mesin Pemotong
3. Kimpalan Arka
4. Kimpala TIG (Tungsten Inert Gas welding)
5. Kimpalan MIG (Metal Inert Gas Welding)
6. Kimpalan Tenggelam (Submerge Welding)
7. Kimpalan Gas (Oxy-Acetelyne Welding)
8. Pemotongan Gas ( Oxy-Acetelyne Cutting)
9. Pemotongan Plasma (Plasma Cutting)
10. “Stud Welding”

Bengkel Menggegas

Pelajar didedahkan kepada sistem had dan padanan di bengkel ini. Mereka dikehendaki membuat projek yang menggunakan alatan tangan serta alat pengukuran seperti:

1. Kikir
2. Gergaji
3. Mesin Gerudi
4. Tolok Vernier
5. Tolok Mikrometer
6. Tolok Tinggi Vernier
7. Tolok Permukaan dan alatan lain

Bengkel Foundri

Pelajar mempelajari proses pembuatan dari segi proses tuangan, membuat acuan pasir, penyempritan plastik (Injection moulding) serta pembuatan paten-paten untuk menghasilkan tuangan pasir. Mesin-mesin yang digunakan di bengkel ini adalah :

1. Injection Moulding Machine
2. Exstrusion Moulding Machine
3. Blow Moulding Machine
4. Crusher Machine

Bengkel Projek

Bengkel ini dikhaskan untuk pelajar program diploma semester akhir untuk melaksanakan dan menyiapkan projek semester akhir. Terdapat pelbagai mesin dan alatan tangan yang digunakan untuk membuat kerja-kerja fabrikasi logam dan pembuatan produk.

Makmal-makmal

Makmal-makmal di dalam Jabatan Kejuruteraan Mekanikal digunakan oleh pelajar untuk menjalankan uji kaji juga mengendalikan mesin-mesin kawalan sistem berangka. Terdapat enam buah makmal utama yang dibahagi-bahagikan mengikut modul teori dan kursus yang diikuti oleh pelajar. Antara makmal-makmal tersebut ialah :

1. Makmal Kaji daya Bahan dan Mesin
2. Makmal Kaji daya Mesin
3. Makmal Kawalan
4. Makmal Metalurgi
5. Makmal Loji
6. Makmal Metrologi
7. Makmal CAD/CAM
8. Makmal Elektrik

Makmal CAD/CAM
Makmal Loji
Makmal Kawalan

Ruang Rehat

Kemudahan ini disediakan disekitar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bertujuan pelajar dapat berehat sementara menunggu waktu kuliah berlangsung. Pelajar juga dapat mentelaah pelajaran atau menyiapkan tugasan mereka di samping dapat berbincang di antara mereka mengenai pelajaran yang telah diikuti.

Anugerah dan Pencapaian

Waktu Operasi

ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang

SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Ta’zim

Tel : ( Ketua Jabatan)
Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402

Emel : jkm@ pis.edu.my