Skip to content
Home » Berita » Majlis Industry & Alumni Strategic Partnership for Reskilling, Upskilling & Employability (INSPIRE)

Majlis Industry & Alumni Strategic Partnership for Reskilling, Upskilling & Employability (INSPIRE)

Tarikh : 27 FEBRUARI 2025.

Majlis Industry & Alumni Strategic Partnership for Reskilling, Upskilling & Employability (INSPIRE) merupakan inisiatif strategik Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bagi memperkukuhkan kerjasama antara industri, alumni dan institusi pendidikan dalam usaha membangunkan modal insan yang berdaya saing.

YS TPjB Abdul Razak Muda, Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah merasmikan Industry on Campus (IOC) dan Southern Talent Reskilling and Upskilling Centre (STRUC) bersama Fire and Industrial Safety Training Academy (FAISTA) dengan kerjasama AITO Firework Holding Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang berperanan penting dalam melatih pelajar, pensyarah dan pekerja industri dalam bidang keselamatan dan kebakaran.

Pada majlis ini juga, YS TPjB Abdul Razak Muda turut menyampaikan Sijil Latihan Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-COORDINATOR) kepada 20 orang pelajar PIS, iaitu kumpulan pertama yang telah mengikuti latihan di FAISTA.

Seterusnya, kerjasama strategik dengan dua industri baharu SRC Global Resources Sdn. Bhd. dan UMPSA Advanced termeterai menerusi Sesi Menandatangani Surat Hasrat Untuk Bekerjasama (LOI) yang dijangka memberikan kolaborasi berimpak tinggi kepada institusi iaitu dapat memperkukuhkan kebolehpasaran graduan melalui reskilling dan upskilling, di samping mengukuhkan hubungan strategik antara sektor industri dan institusi pendidikan.

Bagi melonjakkan bidang TVET pelancongan dan hospitaliti di PIS, kolaborasi bersama Asyuk Travel & Tours Sdn Bhd diteruskan dengan perasmian penggunaan Logo PIS di Bas Asyuk Travel & Tours Sdn. Bhd.

Majlis diakhiri dengan demonstrasi di hab latihan kebakaran FAISTA telah menunjukkan pengunaan alat pemadaman api , hose reel dan manual call point oleh pelajar, pemadaman kebakaran di tangki penyimpanan, pemadaman kebakaran di dalam bangunan CFBT, aktiviti mitigasi kemalangan hazmat, bahan berbahaya dan menyelamat di ruangan terkurung, confined space rescue.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *