Tarikh : 24 FEBRUARI 2025.
Satu lawatan dan mesyauarat kolaborasi antara Persatuan Profesional Pasca Pengeluaran (MyPOST) Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), PIS telah dilaksanakan oleh Unit CISEC. Lawatan delegasi MyPost telah diketuai oleh YBrs. Encik Isazaly Mohd Isa, Pengerusi MyPOST, Cik Rosliana Roslie, Setiausaha MyPOST, Tuan Syed Nustaza Al-Jafri, Ahli Komuniti MyPOST dan Encik Herman Shah, Ahli Komuniti MyPOST. Lawatan mereka telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Ts. Dr. Nor Hidayu bin Shahadan, Ketua Unit STRUC PIS, Encik Hanizam bin Hussin, Ketua Jabatan JRKV, Puan Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC, Hj. Johaini bin Ibrahim, Ketua Unit UKK dan Ketua-ketua Program JRKV serta barisan pensyarah DCI JRKV.
Lawatan ini bertujuan dalam usaha kerjasama strategik ke arah meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam bidang kreatif terutama dalam pelaksanaan Work Base Learning (WBL), Reskilling dan Upskilling malahan pelaksanaan aktiviti secara kerjasama dalam menyerlahkan bakat pelajar.
Semoga pertemuan dan lawatan ini dapat merialisasikan usaha, perancangan serta kerjasama dijalinkan bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam keperluan industri kreatif malahan teknologi kreatif masa kini.



