Tarikh : 24 FEBRUARI 2025.
Satu sesi pertemuan dan Lawatan Tapak dalam perancangan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi menaiktaraf kemudahan dan fasiliti asram pelajar di PIS telah diadakan di bilik Persidangan dan sekitar blok-blok asrama pelajar. Delegasi lawatan tapak telah diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Mohamad Dzakir Bin Ahmad Yusoff, Jurutera Awam Wakil CFSB JKR Malaysia, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan Bahagian Fasiliti Bangunan Pendidikan (BFBP) dan telah disantuni YBrs. Ts. Dr. Nor Hidayu bin Shahadan, Ketua Unit STRUC PIS. Turut hadir sama para pegawai-pegawai CFSB JKR Malaysia, wakil Jabatan Bangunan JKR Johor, Wakil Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) JKR Johor, CKE JKR Johor, Wakil Daerah Johor Bahru JKR Johor dan barisan staf Unit Senggaran PIS.
Semoga pertemuan dan lawatan ini dapat merialisasikan usaha menaiktaraf kemudahan dan fasiliti asrama pelajar memberi impak positif ke arah kediaman pelajar yang lebih selesa dan selamat.



