Skip to content
Home » Berita » Sesi Pembentangan Inovasi Dan Lol @ Kolaborasi Dengan Halal Korea Co.Ltd

Sesi Pembentangan Inovasi Dan Lol @ Kolaborasi Dengan Halal Korea Co.Ltd

Tarikh : 19 FEBRUARI 2025.

Sesi Pembentangan Inovasi Fesyen telah diadakan di ruangan Seminar, Art Mall, Dongdaemun Design Plaza Seoul oleh wakil Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) oleh Ts. Dr. Muhammad Helmi bin Abu Bakar berkenaan Projek inovasi Flagship Wearables (Deaf & Mute Jacket). Sesi pembentangan ini urut mempromosikan iDEA FESTiVeT 2025 yang akan diadakan pada bulan Mai akan datang.

Majlis menandatangani Letter of Intent (LoI) juga telah dilaksanakan pada hari ketiga diantara Politeknik Ibrahim Sultan dengan Halal Korea Co. Ltd. (Mr. Kim Jin Woo, Presiden), Seoul Click (Mr. Lee Yong Woo, Pengerusi), Korea Institute of Textile Convergance Technology -KITCT (Mr. Hyeong Rae Lee, Pengerusi), Seoul Fashion Co-Brand Cooperative (Mr. Lee Jongsik, Pengarah), di Art Mall, Dongdaemun Design Plaza (DDP).

Semoga melalui kolaborasi antarabangsa ini dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan halatuju pendidikan pada masa hadapan di PIS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *