Skip to content
Home » Berita » Program MCMC Microsoft AI Teach 2025 Di Pis

Program MCMC Microsoft AI Teach 2025 Di Pis

Tarikh : 08 FEBRUARI 2025.

Program MCMC MICROSOFT AI TEACH 2025 telah dilaksanakan di Politeknik Ibrahim Sultan bermula 8 hingga 9 Februari 2025. Program telah dimulakan dengan majlis pelancaran program yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Azman bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor. Turut sama hadir dalam majlis pelancaran ini adalah En. Mohamad Rizal Ahmad, Pengarah Kanan, MCMC Wilayah Selatan, Puan Nurzie Ibrahim, Pengarah MCMC Negeri Johor, Encik Mohd Firdaus Mohd Nor, Timbalan Pengarah Sokongan Akadeemik PIS, Encik Tong Sing Chuang, Pengarah PERKESO Negeri Johor, Encik Azhar Abdullah, Pengarah Kanan, Sektor Awam,Microsoft Malaysia dan Encik Jeyasudan Balasundran, Ketua Pegawai Ekosistem, Biji-Biji Initiative.

Program selama 2 hari ini mendedahkan peserta pengenalan dan peranan AI dalam Pemerkasaan Peluang Kerjaya Melalui Artificial Intelligence (AI). Seramai 100 peserta telah menyertai program ini di Makmal CAD 1, Makmal CAD 3 dan Makmal 4 yang melibatkan hampir 50 orang pelajar PIS dan 50 orang peserta dari komuniti sekitar PIS.

Semoga peluang dan kerjasama yang dilaksanakan MCMC mendedahkan peserta dengan ilmu baru yang bermanfaat serta mencetus idea positif dalam nilai tambah kemahiran dalam mengorak kerjaya bermula 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *