Tarikh : 23 JANUARI 2025.
Unit Keusahawanan PIS dengan kerjasama Celcom Digi telah menganjurkan Program Keusahawanan dan Cybersafe kepada seramai 250 orang pelajar termasuk para pensyarah dan staf PIS.
Program yang berlangsung melibatkan taklimat Cyber Safe oleh En Roshadi bin Bakri, Trade Marketing Celcom Digi dan juga Pengenalan dan Promosi Inkubator Polygadjet yang telah disampaikan oleh Cik Rohana binti Hasan, Penyelaras Polygadjet.
Semoga dengan penganjuran aktviti ini telah mencapai objektif untuk memberikan pendedahan kepada staf dan pelajar melalui program keusahawanan, promosi inkubator polygadjet, kesedaran berkenaan cybersafe dan scammer. Para peserta juga telah diberikan sim kad percuma oleh Celcom Digi.
Turut hadir Ketua Unit Keusahawanan, Penyelaras Inkubator Polygadjet, Penyelaras Inkubator dan Aktiviti Keusahawanan PIS.