Tarikh : 10 JANUARI 2025.
Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Hj Ulaimi Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Turut bersama pengurusan tertinggi, Ketua-ketua Jabatan dan Unit.
Program Haluan Siswa (PHS) telah berlangsung selama 5 hari bagi memberi pengenalan dan bimbingan kepada siswa siswi baharu berkenaan akademik, bimbingan rohani dan informasi politeknik, motivasi kecemerlangan dan pembangunan kepimpinan nilaii kerjasama (team work).
Semoga memberikan manfaat dalam menjalani kehidupan di kampus dan selamat memulakan pengajian pada minggu hadapan. Tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar PIS dan seluruh urusetia bagi Pendaftaran Pelajar Baharu dan Program Haluan Siswa Sesi II : 2024/2025