Skip to content
Home » Berita » Jalinan Kolaborasi Pis Dengan YWJ

Jalinan Kolaborasi Pis Dengan YWJ

Tarikh : 07 JANUARI 2025.

Satu mesyuarat kolaborasi diantara Politeknik Ibrahim Sultan dengan Yayasan Warisan Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru. Lawatan dari delegasi PIS telah diketuai oleh YBrs Pn. Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC dan disambut oleh YBrs Encik Fairuzahri bin Jalaluddin, Pengarah YWJ. Turut hadir sama dalam lawatan ini dari PIS adalah Encik Muhamad Zaidi bin Ahmad Yusoff, Pengurus CDeC PIS, Pn. Nafsiah binti Sairi, Ketua Program Rekabentuk Fesyen dan barisan JK Festival Innovation Design Award.

Mesyuarat Kolaborasi ini bertujuan untuk meneroka pelbagai peluang kerjasama strategik yang berpotensi dilaksanakan, termasuk memperincikan keperluan serta persiapan bagi penganjuran Festival Innovation Design Award. Mesyuarat ini diharapkan dapat mewujudkan sinergi dalam bidang inovasi, reka bentuk, dan warisan budaya, sejajar dengan objektif memupuk kreativiti dan memperkasakan promosi warisan Johor di peringkat yang lebih meluas. Mesyuarat ini diketuai oleh Ketua CISEC dan Pengurus CIDEC, dengan penyertaan pasukan pegawai dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV).

Semoga pembukaan 2025 ini akan mengertkan lagi jalinan kerjasama yang telah lama terjalin dan mengorak kecemerlangan dalam melaksanakan program untuk kebolehpasaran mahasiswa dalam bidang kreatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *