Tarikh : 03 JANUARI 2025.
Ke Bawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Makan Malam Tahunan Dan Pelancaran Melaka Culinary Challenge di Hotel Ames, Ayer Keroh disambut oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Ab Rahman.
Paduka Baginda selaku penaung Persatuan Cef Melaka menyampaikan anugerah dan medal penghargaan kepada 50 cef yang banyak berjasa kepada persatuan itu. Pensyarah di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Abdul Radzeem bin Abdul Rahman telah menerima penerima Medal penghargaan Anugerah Exco 2024-2025.